Full width home advertisement

WELCOME TO WEBSITE Kelab Peminat Bas Dan Lori Borneo Sabah Dan Sarawak (BORNEO BUS AND TRUCK ENTHUSIAST-BBTE CLUB SABAH AND SARAWAK) PPM-018-12-18042018

Koleksi Gambar Bas

Koleksi Gambar Lori

BBTE Miniature

Post Page Advertisement [Top]



Sejarah BBTE?


Kelab Peminat Bas Dan Lori Borneo Sabah Dan Sarawak (BORNEO BUS AND TRUCK ENTHUSIAST-BBTE CLUB SABAH AND SARAWAK) yang dahulunya di kenali sebagai Borneo Bus And Truck Enthusiast adalah sebuah kelab yang bergiat aktif dengan aktiviti yang berkaitan minat dan kerjaya berkaitan bas dan lori di sekitar sabah dan sarawak sejak tahun 2013 yang bermula dari platform aplikasi group di media sosial facebook dan terus berkembang sehingga memiliki laman sesawang sendiri.



Kini kelab ini telah berjaya didaftarkan sebagai sebuah kelab rasmi di bawah suruhanjaya pendaftaran pertubuhan malaysia dan memiliki lama sesawang rasmi melalui alamat www.bbte.my dan group chat whatsapp serta pages rasmi di www.facebook.com/BorneoXpress.



Visi


BERSATU DEMI  MINAT DAN KERJAYA 


PENERANGAN-> Menjadi platform utama dalam menjalin ikatan persahabatan serta mengeratkan hubungan Sillaturahim diantara Peminat ,pemandu, pengusaha bas dan Lori di seluruh sabah dan sarawak tanpa mengira bangsa mahupun agama.



MISI



11. Bertindak sebagai badan yang mengendali, mempermosikan dan menguruskan aktiviti berkaitan minat dan kerjaya pemandu bas dan lori di sekitar sabah dan sarawak.
22. Menyemarkan lagi aktiviti berkaitan minat dan kerjaya berkaitan  bas dan lori di sekitar sabah dan sarawak khususnya.
33. Menanamkan semangat perasaan muhibbah dan harmoni di antara ahli-ahli
44. Mengendali kursus serta latihan di kalangan ahli-ahli berdaftar.
55. Menjalankan aktiviti riadah dalam menyatuhkan perpaduan dalam kalangan ahli.
66. Menyelesaikan konflik dan isu-isu yang berkaitan dengan ahli.
77. Memberi peluang untuk ahli untuk bersosial, belajar dan bertukar-tukar idea bagi mengembangkan ilmu berkaitan dengan minat dan kerjaya bas dan lori.
88. Untuk menambah dan menguruskan tabung kewangan kelab ini bagi melaksanakan tujuan-tujuan di atas.


Logo




Logo KELAB PEMINAT BAS DAN LORI BORNEO SABAH DAN SARAWAK (BORNEO BUS AND TRUCK ENTHUSIAST-BBTE CLUB SABAH DAN SARAWAK) – BBTE melambangkan ciri-ciri seperti di bawah ini
1.Reka bentuk bas dan lori
- Menjadi simbol utama yang melambangkan kelab peminat bas dan lori sabah dan sarawak.
2. Tulisan BORNEO BUS AND TRUCK ENTHUSIAST SABAH N SARAWAK
3. Merupakan singkatan kepada kelab peminat bas dan lori borneo sabah dan sarawak.
4. Warna
- Merah
Melambangkan kekuatan serta kesungguhan bersatu dalam minat dan kerjaya yang sama dalam sebuah komuniti.
- Biru muda
Melambangkan perpaduan dalam kalangan ahli tanpa mengira latar belakang,bangsa serta agama.
- Kuning
Melambangkan ketinggian maruah serta melambangkan kedaulatan integriti dalam organsasi.


Lencana 





Lencana KELAB PEMINAT BAS DAN LORI BORNEO SABAH DAN SARAWAK (BORNEO BUS AND TRUCK ENTHUSIAST CLUB SABAH DAN SARAWAK) – BBTE melambangkan ciri-ciri seperti di bawah ini
1. Lukisan bas dan lori
- Menjadi simbol utama yang melambangkan kelab peminat bas dan lori borneo dan sarawak.
2.Tulisan kelab peminat bas dan lori borneo sabah dan sarawaK
- Merupakan nama kelab ini.
3.Tulisan BERSATU DEMI MINAT DAN KERJAYA
 -Merupakan motto rasmi kelab peminat bas dan lori borneo sabah dan sarawak.
4.2 Bintang
 -2 Bintang berbucu lima melambangkan Prinsip Rukun Negara yang menjadi asas pegangan komuniti.
5. Bentuk bulat
 -sentiasa bersatu padu, sepakat dan sebulat suara dalam membuat keputusan.
6. Warna
 A.Merah
 - Melambangkan kekuatan serta kesungguhan bersatu dalam minat dan kerjaya yang sama dalam sebuah komuniti.
 B.Biru
 - Melambangkan perpaduan dalam kalangan ahli tanpa mengira latar
 belakang,bangsa serta agama.
 C.Putih
 -Melambangkan kesucian jiwa dan nilai murni dan nilai murni




Carta Organisasi BBTE





Pencapaian Kelab

Kelab ini memiliki kejayaan sendiri di mana merupakan sebuah kelab yang pertama di sabah dan sarawak yang berjaya menempatkan ahli kami  dalam SCANIA DRIVER COMPETITION SOUTHASIAN 2017 di peringkat akhir pertandingan tersebut melalui  saudara  Zul Iza yang mewakili Optis Jaya yang menyaksikan 5 buah negara asia tenggara berentap merebut kejuaraan. Walaupun tidak bernasib baik untuk merangkul seberang tempat tapi beliau telah mencipta sejarah tersendiri sebagai peserta borneo pertama mewakili malaysia dalam acara tersebut.



No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]