(TAWAU-KOTA KINABALU)
Gambar kaunter tiket utama sewakatu ketika dulu
BBTE@TAWAU - Sebelum Terminal Bas Sri Indah (TBSI) Tawau beroperasi crew kami sempat mengambil berberapa gambar untuk di jadikan tatapan di masa hadapan. Gambar ini kami ambil pada 2 April 2018 sebelum terminal bas ekspress taman sabindo ini menamatkan operasinya secara rasminya pada 3 April 2018 setelah berkhidmat lebih 20 tahun menjadi terminal utama untuk perjalanan jarak jauh di antara Tawau ke Kota-Kinabalu. Terminal ini juga menyimpan beribu kenangan dan menyaksikan beberapa transformasi dalam pengangkutan sama ada melalui teknologi mahu pon sistem pengoperasian setiap operator bas yang beroperasi di sini.
Gambar kaunter tiket utama sewakatu ketika dulu
kami sebagai peminat pon banyak meluangkan masa di terminal ini sepanjang terminal ini beroperasi di mana setiap kali ada bas baru kami pasti cuba jejakinya disini walaupon kadang-kadang segan silu dengan orang di sekeliling tapi minat punya pasal dilanggar semua tu..apa-apa pon segalanya kini hanya tinggal kenangan buat warga pengguna terminal bas ekspres taman sabindo...moga adanya terminal baru dapat memberikan keselesaan yang lebih baik kepada pengguna semua walaupon jauh di hujung sana tapi apa boleh buat nak tak nak kena ikut juga kan...berikut kami titipkan gamabar hari terakhir terminal bas ekspres tawau beroperasi....hanya tinggal kenangan...
Gambar parkir bas ekspress terminal bas ekspres tawau
Gambar kaunter tiket alitopan gerak borneo express
No comments:
Post a Comment